ANALISIS KESALAHAN BAHASA
1 Kesalahan Ejaan
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 | pamiran, lakun, anih, tulin, calun, perabut istirehat, modern, definasi, sessi, billion olih, untok, pelek deraf, setor, kelinik menyalah gunakan, ketidak hadiran, | pameran, lakon, aneh, tulen, calon, perabot istarahat, moden, definisi, sesi, billion olih, untuk, pelik draf, stor, klinik menyalah gunakan, ketidak hadiran, |
Keterangan
1 ‘perabot’ ialah pinjaman yang perlu dieja mengikut pola KKV, iaitu a-o , bukannya berdasarkan pola KV (a-u) @ Ejaan daripada bahasa asalnya perlu dikekalkan @ Kesalahan mengeja kata pinjaman.
2 Kesalahan mengeja kata pinjaman.
3 Kata jati BM ‘oleh’ mesti dieja mengikut Pola Keselarasan Vokal, iaitu o-e @ ‘oleh’ ialah kata jati bahasa Melayu dan perlu dieja mengikut Pola Keselarasan Vokal o-e, bukannya o-i.
4 Gugus konsonan dalam kata pinjaman hendaklah dikekalkan bentuk ejaannya dalam bahasa Melayu.
5 Unsur yang menerima apitan me-kan sepatutnya dieja sebagai satu perkataan.
2 Kesalahan Tanda Baca
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 | berlari lari, terus menerus, gotong royong, serta merta, adik beradik, kejar mengejar miskin-kaya, kerusi-meja, tua-muda, asal-usul, bersatu-padu, memporakperandakan, menghuruharakan, …abad ke21 tahun 80an, dekad 70an hambaMu, rahmatNya, KDNKnya, proMalaysia, antiAmerika, antiBarat anti-dadah, pro-kerajaan, juru-cakap, pra-sekolah, pasca –merdeka, dwi-bahasa, Sukma - VI | berlari-lari, terus-menerus, gotong-royong, serta-merta, adik-beradik, kejar-mengejar miskin kaya, kerusi meja, tua muda, asal usul, bersatu padu, memporak-perandakan, menghuru-harakan, …abad ke-21 tahun 80-an, dekad 70-an hamba- Mu, rahmat-Nya, KDNK-nya pro-Malaysia, anti-Amerika, anti-Barat antidadah, prokerajaan, antisosial, prasekolah, pascamerdeka, dwibahasa Sukma VI |
Keterangan
1 Tanda sempang perlu digunakan untuk menulisa kata ganda ‘berlari-lari’ @ ‘serta-merta’ ialah kata ganda, oleh sebab itu tanda sempang perlu digunakan.
2 Tanda sempang tidak perlu digunakan kerana perkataan tersebut bukan kata ganda.
3 ‘menghuru-harakan’ ialah kata ganda dan tanda sempang diperlukan @ tanda sempang diperlukan untuk menulis kata ganda
4 Tanda sempang perlu digunakan untuk merangkaikan ‘ke’ dengan angka ‘21’
5 Tanda sempang perlu digunakan untuk menghubungkan angka yang merujuk kepada tahun dengan akhiran ‘an’
6 Tanda sempang perlu digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama.
7 Tanda sempang perlu digunakan apabila mengabungkan imbuhan pinjaman ‘pro’ dengan kata nama khas selepasnya, iaitu ‘Malaysia’.
8 Tanda sempang tidak perlu digunakan apabila merangkaikan imbuhan pinjaman ‘juru’ dengan kata nama am.
9 Tanda sempang tidak perlu digunakan untuk memisahkan perkataan (huruf) dengan angka roman.
3 Kesalahan Penanda Jamak
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 | sederetan kedai-kedai, sebilangan pelajar-pelajar, antara masalah-masalah, sebahagian besar remaja-remaja, para remaja-remaja, ramai peniaga-peniaga mereka-mereka, umat-umat, rakyat-rakyat,penduduk-penduduk | sederetan kedai, sebilangan pelajar, antara masalah, sebahagian remaja, para remaja, ramai peniaga mereka, umat, rakyat, penduduk |
Keterangan
1 Kata nama selepas kata bilangan yang menunjukkan banyak (jamak) tidak perlu digandakan kerana kata demikian berunsur lewah.
2 Kata nama tersebut telah menunjukkan bilangan yang banyak dan tidak perlu digandakan kerana kata demikian dianggap lewah.
4 Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 | semulajadi, temuduga, mengulangkaji, mengenalpasti,urusetia, aturcara, terimakasih jawatan kuasa, warga negara, beri tahu, kaki tangan, suka rela, kerja sama surat khabar-surat khabar, kapal terbang-kapal terbang, mata pelajaran-mata pelajaran tanda-tandatangan, jawatan-jawatankuasa, setia-setiausaha, menyatu padukan, persurat khabaran, mencampur adukan, bersatupadu, mengambilalih, dayaserapan | semula jadi, temu duga, menguulang kaji, mengenal pasti, urus setia, atur cara, terima kasih, jawatankuasa, warganegara, beritahu, kakitangan, sukarela, kerjasama surat-surat khabar, kapal-kapal terbang, mata-mata pelajaran tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-jawatankuasa, setiausaha-setiausaha menyatupadukan, persuratkhabaran, mencampuradukan bersatu padu, mengambil alih, daya serapan |
Keterangan
1 Kata majmuk ‘semulajadi’ perlu dieja terpisah (dijarakkan ejaannya).
2 ‘jawatan kuasa’ ialah kata majmuk yang dianggap mantap dan ejaannya perlu ditulis serangkai (dirapatkan ejaannya).
3 Untuk menggandakan kata majmuk, hanya unsur/perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan @ kata majmuk ‘surat khabar’ perlu digandakan unsur yang pertama sahaja.
4 Bagi kata majmuk yang dianggap mantap, penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
5 Kata majmuk yang menerima apitan men-kan perlu dieja sebagai satu perkataan/dicantumkan ejaannya.
6 Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran sahaja ejaannya tetap terpisah.
5 Kesalahan Imbuhan
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 7 | kemasukkan, kebanyakkan, kebaikkan, kenaikkan memperbesarkan, memperindahkan, mempereratkan, memperlebarkan mempersetujui, memperbaiki, memperolehi, memperakui menghadkan, mensyorkan, mengkhaskan mengkagumkan, mengketepikan, mengketengahkan, mempastikan, mengkebumikan, pengkayaan memeroses, menakrifkan, menafsirkan juru foto, maha siswa, pra sekolah, pasca merdeka, anti sosial, dwi bahasa, tata etika | kemasukan, kebanyakan, kebaikan, kenaikan memperbesar, memperindah, mempererat, memperlebar menyetujui, membaiki, memperoleh, memperakukan mengehadkan, mengesyorkan, mengekhaskan mengagumkan, mengetepikan, mengetengahkan, memastikan, mengebumikan, pengayaan memproses, mentakrifkan, mentafsirkan jurufoto, mahasiswa, prasekolah, pascamerdeka, antisosial, dwibahasa, tataetika |
Keterangan
1 Tidak ada imbuhan ke-kan dalam bahasa Melayu, sepatutnya ke-an
2 Bagi kata dasar yang terdiri daripada golongan kata adjektif, penggunaan imbuhan memper- sudah memadai untuk maksud ‘menjadikan lebih’ @ Penggunaan apitan memper-kan pada kata adjektif adalah lewah.
3 Kata dasar ‘oleh’ perlu memakai imbuhan merper- sahaja, bukannya memepr-i kerana dianggap lewah. @ bagi kata adjektif ‘baik’ akhiran ‘i’ tidak diperlukan.
4 Bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata, imbuhan menge-kan hendaklah digunakan @ ‘had’ ialah kata yang ekasuku kata dan imbuhan menge-kan perlu digunakan, bukannya ‘meng-kan’.
5 Huruf pertama dalam perkataan ‘kagum’, iaitu ‘k’ akan berubah kepada huruf ‘,ng’, apabila menerima apitan meN-kan.
6 Kata pinjaman yang bermula dengan huruf p, t, k, s; huruf pertama perkataan tersebut tidak berubah kepada m, n, ng, ny @ huruf pertama bagi kata pinjaman ‘proses’ tidak akan berubah kepada huruf ‘m’ apabila menerima imbuhan meN-kan.
7 Imbuhan pinjaman ‘juru’ hendaklah ditulis serangkai/ digabungkan dengan kata nama am yang mengikutinya.
6 Kesalahan kata Bilangan
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 | tiap pelajar, setengah orang setiap orang pelajar, setiap buah rumah …beribu penonton,… kedua ibu bapa …berguni beras, …berbagai masalah …dua pelajar, …..seratus rumah …setengah pihak berpendapat… | setiap pelajar/tiap-tiap pelajar, sesetengah orang/setengah-setengah orang setiap pelajar, setiap rumah beribu-ribu penonton, kedua-dua ibu bapa berguni-guni beras, berbagai-bagai masalah/ pelbagai masalah, dua orang pelajar, seratus buah rumah …sesetengah pihak berpendapat… …setengah-setengah pihak berpendapat.. |
Keterangan
1 ‘tiap’ kata bilangan pisahan dan perlu digandakan atau menerima imbuhan se- untuk menyempurnakan maksudnya.
2 Penjodoh bilangan tidak perlu selepas kata bilangan pisahan ‘setiap’
3 Perkataan ‘berguni’ perlu digandakan untuk menyempurnakan maksudnya sebagai kata bilangan himpunan.
4 Kata bilangan tentu perlu diikuti oleh penjodoh bilangan @ ‘seratus’ ialah kata bilangan tentu dan perlu diikuti oleh penjodoh bilangan ‘buah’
5 ‘setengah’ bermaksud separuh, manakala ‘sesetengah’ bermaksud sebilangan daripada sesuatu @ ‘setengah’ ialah kata bilangan pisahan dan perlu digandakan untuk membawa maksud sebilangan daripada sesuatu.
7 Kesalahan Kata Tugas
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 7 | ... ialah untuk ayah… … KLCC adalah bangunan tertinggi… … adalah universiti tertua … adalah bukan untuk ayah … adalah dimaklumkan.., …adalah merupakan faktor utama.., .adalah bergantung, …adalah disebabkan keracunan makanan … ke pihak atasan… di masa dahulu, di saat itu dari bahaya dadah, dari persatuan kami …pendapatannya bukan besar sangat… | … adalah untuk ayah… … KLCC ialah bangunan tertinggi… …ialah universiti tertua …bukan untuk ayah (kata pemeri ‘adalah’ tidak diperlukan) …kepada pihak atasan… pada masa dahulu, pada saat itu daripada bahaya dadah, daripada persatuan kami ….pendapatanya tidak besar sangat… |
Keterangan
1 Kata pemeri ‘ialah’ tidak boleh digunakan sebelum FSN.
2 Kata pemeri ‘adalah’ digunakan sebelum FA dan FSN. @ Kata pemeri ’ialah’ hendaklah digunakan sebelum KN/FN. Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi ‘bukan’ untuk menafikan FSN
3 Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh hadir di hadapan kata kerja/frasa kerja.
4 KSN ‘kepada’ perlu digunakan di hadapan KN/FN yang menunjukkan sasaran.
5 KSN ‘di’ digunakan selepas FN yang menunjukkan tempat, dan tidak boleh digunakan di hadapan
FN yang menunjukkan waktu/masa.
6 KSN ‘dari’ digunakan di hadapan FN yang menunjukkan tempat/masa. KSN ‘daripada’ perlu
digunakan untuk menujukkan punca bagi manusia/unsur abstrak.
7 Kata nafi ‘bukan’ untuk menafikan FN&FSN sahaja, dan kata nafi ‘tidak ‘ perlu digunakan untuk
menafikan FA.
8 Kesalahan Hukum D-M
Bil | Kesalahan | Pembentulan |
1 2 | tiram sos, cili sos, daging kari, ayam kari, goreng pisang, Pusat Besar Kesihatan lain-lain hal, lain-lain agenda, buat kali pertama, lain-lain keperluan | sos tiram, sos cili, kari daging, kari ayam, pisang goreng, Pusat Kesihatan Besar hal-hal lain, agenda-agenda lain, buat pertama kali, keperluan-keperluan lain |
Keterangan
1-2 Tidak mematuhi hukum D-M, iaitu unsur yang diterang (D) mestilah mendahului unsur yang menerang (M).
9 Kesalahan Frasa Kerja Transitif
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 | membincangkan tentang isu rasuah, memeriahkan lagi majlis tersebut memperkatakan semula perkara itu memahami akan kehendaknya mengunjungi ke pusat beli-belah beliau memberitahu bahawa.. membaca di perpustakaan, melaporkan dari tapak ekspo, menyerahkan kepada pihak berkuasa | membincangkan isu rasuah memeriahkan majlis tersebut memeprkatakan perkara itu semula memahami kehendaknya mengunjungi pusat beli-belah beliau memberitahu mereka bahawa… membaca buku di perpustakaan, melaporkan berita dari tapak ekspo, menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa |
Keterangan
1 Kata sendi nama ‘tentang’ tidak diperlukan selepas kata kerja transitif ‘membincangkan’ @ Kata sendi nama ‘ke’ tidak diperlukan selepas kata kerja transitif ‘mengunjungi’ kerana kata kerja transitif perlu diikuti oleh FN/KN sebagai objek.
2 ‘memberitahu’ ialah kata kerja transitif dan perlu diikuti oleh objek / tiada objek selepas kata kerja transitif. ‘memberitahu’.
3 Tidak ada objek selepas kata kerja transitif ‘melaporkan’. @ ‘melaporkan’ ialah kata kerja transitif dan perlu diikuti oleh FN/KN sebagai objek
10 Kesalahan Frasa Kerja Tak Transitif
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 | budak itu tidur berbantalkan dengan lengan, berdasarkan kepada bukti, bersulamkan dengan benang emas, berpandukan kepada peta | budak itu tidur berbantalkan lengan, berdasarkan bukti, bersulamkan benang emas, berpandukan peta |
Keterangan
1 Kata kerja tak transitif yang berimbuhan ber-kan perlu diikuti oleh KN sebagai pelengkap @ kata sendi nama ‘kepada’ tidak diperlukan selepas kata kerja tak transitif ‘berdasarkan’.
11 Kesalahan Frasa Kerja Pasif
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 | masalah yang mereka bincangkan, hujah yang beliau kemukakan majalah itu diaca oleh kami semalam, berita itu dilaporkan oleh anda surat itu kami sudah jawab semalam …terpesona dengan keindahan… …tidak tertipu dengan jenama tiruan… | masalah yang dibincangkan oleh mereka, hujah yang dikemukakan oleh beliau majalah itu kami baca semalam, berita itu anda laporkan surat itu sudah kami jawab semalam …terpesona oleh keindahan.. …tidak tertipu oleh jenama tiruan… |
Keterangan
1 Tidak menepati binaan ayat pasif KGND ketiga @ Kata ganti nama diri ketiga ‘mereka’ hendaklah hadir selepas kata kerja dalam ayat pasif KGND3.
2 Kesalahan binaan ayat pasif KGND 1 & 2 @ Kata ganti nama diri pertama ‘kami’ hendaklah hadir sebelum kata kerja dalam ayat pasif KGND1.
3 Tidak boleh disisipkan sebarang unsur di antara FN ‘kami’ dengan KK pasif ‘jawab’ @ kesalahan ayat pasif KGND1.
4 ‘terpesona’ ialah kata kerja pasif dan perlu diikuti oleh ‘oleh’ untuk menjadikan ayat yang gramatis
12 Kesalahan Frasa Adjektif
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 | …paling besar sekali… …rumahnya terbesar sekali di kampung itu | paling besar/besar sekali rumahnya terbesar di kampung itu rumahnya besar sekali di kampung itu |
Keterangan
1 Dua kata penguat yang menunjukkan darjah penghabisan,iaitu ‘paling’ dan ‘sekali’ tidak boleh hadir serentak kerana dianggap lewah.
2 ‘terbesar’ dan ‘sekali’ , kedua-duanya membawa maksud darjah penghabisan dan tidak perlu hadir secara berturutan kerana dianggap penggunaan yang lewah.
13 Kesalahan Frasa Sendi Nama
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 7 | …oleh kerana… …bergerak ke kiri dan kanan… …hendak pergi ke KL atau Langkawi …dari masa ke semasa… …selain daripada itu… …sejak dari seminggu lalu.. …kebahagian hingga ke akhir hayat… …demi untuk negara tercinta… balik kampung, pergi pasar, berbincang hal itu …di antara masalahnya…, di dalam hal ini …curiga terhadap kejujuran anak buahnya… | oleh sebab …bergerak ke kiri dan ke kanan …hendak pergi ke KL atau ke Langkawi …dari masa ke masa/dari semasa ke semasa selain itu sejak seminggu lalu kebahagian hingga/ke akhir hayat demi negara tercinta/untuk negara tercinta balik ke kampung, pergi ke pasar, berbincang tentang hal itu antara masalahnya, …dalam hal ini.. …curiga tentang kejujuran anak buahnya… |
Keterangan
1 KSN ‘oleh’ mesti diikuti oleh KN, ‘kerana’ bukan kata nama tetapi kata hubung.
2 Dalam FSN gabungan, kata sendi nama ‘ke’ mesti hadir dalam kedua-dua bahagian yang
digabungkan.
3 Dalam FSN berpasangan, perkataan yang sama mesti dikekalkan.
4 Penggunaan dua kata sendi nama secara serentak dianggap lewah kerana kedua-duanya mendukung makna yang sama @ dua KSN tidak boleh hadir serentak @ ‘selain’ ialah KSN dan tidak perlu diikuti oleh KSN ‘daripada’ secara serentak.
5 KSN tidak boleh digugurkan selepas kata kerja tak transitif sekiranya ada FN yang mengikutinya.
6 Kata sendi nama ‘di’ tidak perlu digunakan @ ‘di antara’ membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak.
7 Kata sendi nama ‘tentang’ perlu digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang umum/tidak tentu, atau mujarad (abstrak)
14 Kesalahan Ayat
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 | Bagi sesiapa yang berasa ragu-ragu dalam soal ini, bolehlah meneliti sejarah. Orang ramai dari jauh dan dari dekat yang datang ke bandar itu. Sesetengah daripada mereka mengikuti kursus-kursus tertentu. Misalnya, kursus komputer. Setiausaha seminar menyatakan yang seminar itu…. Golongan petani itu mengetahui yang nasib mereka terancam. Saya diberitahu yang bapanya baru pulang dari luar negeri. Bangunan terletak di bandar itu kepunyaan ayahnya. Banyak tetamu hadir di majlis perkahwinannya. Beliau terharu oleh sikap prihatin ditunjukkan . Di daerah Pontian banyak menghasilkan nanas. Kepada para hadirin diminta berdiri. Ini kerana mereka secara tidak langsung tergolong sebagai artis dan berada dalam dunia glamour. Bintang-bintang bertaburan di langit. Dedaun kering berterbangan ditiup angin. | Bagi sesiapa yang berasa ragu-ragu dalam soal ini, mereka bolehlah meneliti sejarah. Orang ramai dari jauh dan dari dekat yang datang ke bandar itu terpesona oleh keindahannya. Sesetengah daripada mereka mengikuti kursus-kursus tertentu, misalnya kursus komputer. Setiausaha seminar menyatakan bahawa seminar itu…. Golongan petani itu mengetahui bahawa nasib mereka terancam. Saya diberitahu bahawa bapanya baru pulang dari luar negeri. Bangunan yang terletak di bandar itu kepunyaan ayahnya. Banyak yang tetamu hadir di majlis perkahwinannya. Beliau terharu oleh sikap prihatin yang ditunjukkan. Daerah Pontian banyak menghasilkan nanas. Para hadirin diminta berdiri. Hal ini demikian kerana mereka secara tidak langsung tergolong sebagai artis dan berada dalam dunia glamour. @ Ini disebabkan…. Bintang bertaburan di langit. Daun kering berterbangan ditiup angin. |
Keterangan
1 Ayat tergantung kerana tiada subjek.
2 Ayat tergantung kerana tiada predikat @ Pernyataan di atas tidak membentuk ayat yang lengkap.
3 Pernyataan ini tidak dapat berdiri sendiri dan perlu digabungkan dengan ayat yang terdahulu.
4 Kata hubung komplemen ‘bahawa’ hendaklah digunakan dalam ayat majmuk komplemen, bukannya kata hubung relatif ‘yang’.
5 Kata hubung ‘yang’ perlu digunakan untuk menghubungkan subjek ‘bangunan’ dengan unsur penerang subjek. @ KH ‘yang’ perlu digunakan untuk membentuk klausa yang berfungsi sebagai penerang KN/FN.
6 Perkataan ‘yang’ perlu ada sesudah kata ‘prihatin’ supaya wujud pertalian yang jelas antara kata ‘prihatin’ dengan ‘ditunjukkan’.
7 Ayat tergantung kerana di depan subjek ‘daerah Pontian’ terdapat kata sendi nama ‘di’.
8 Struktur binaan ayat tidak lengkap kerana tiada subjek dan predikat.
9 Kata kerja ‘bertaburan’ telah menunjukkan jumlah subjek yang banyak, dengan demikian kata nama ‘bintang’ tidak perlu digandakan lagi.
15 Kesalahan-Kesalahan Lain.
Bil | Kesalahan | Pembetulan |
1 2 3 4 5 6 | …terima kasih di atas kehadiran… …saling faham-memahami…, …saling tolong-menolong…, …saling bermaaf-maafan… …berhenti bermain bola bila hujan turun… …buku rujukan yang mana baru dibelinya …latihan jalan lasak di mana diadakan di hutan lipur itu… Salah satu daripada ciri Rumah-rumah di taman itu besar-besar belaka. | …terima kasih atas kehadiran…, …saling memahami/faham-memahami, …saling menolong/tolong-menolong…, …saling bermaafan/bermaaf-maafan.. berhenti bermain bola apabila hujan turun… …buku rujukan yang baru dibelinya… …latihan jalan lasak diadakan di hutan lipur itu… Salah satu ciri, satu daripada ciri Rumah-rumah di taman itu besar belaka./Rumah di taman itu besar-besar belaka. |
Keterangan
1 ‘di atas’ membawa maksud bahagian atas, oleh yang demikian penggunaannya dalam ayat tersebut tidak tepat.
2 Kata ganda ‘tolong-menolong’ sudah membawa maksud perbuatan berbalasan. Oleh sebab itu, perkataan ‘saling’ tidak perlu lagi digunakan sebelumnya.
3 ‘bila’ ialah kata tanya bukannya kata hubung keterangan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut
4 ‘yang mana dan di mana’ ialah FSN Tanya, bukannya kata hubung dan tidak tepat penggunaannya dalam ayat tersebut.
5 Penggunaan bahasa yang dianggap lewah.
6 Jika subjek ayat berbentuk jamak, KA dalam predikat ayat tidak perlu digandakan.
Zi/smkpm05
2006
1 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan setiap kesalahan dan kemudiaan buat pembetulan.
Penduduk yang tinggal di kawasan itu terdiri dari golongan elit. Kediaman-kediaman yang terdapat di situ besar-besar belaka dan agak berlainan daripada tempat tinggal orang kebanyakan. Golongan elit tersebut bergiat dalam bidang perniagaan dan sesetengahnya menjadi pegawai tinggi kerajaan. Selain daripada tinggal di kawalan kediaman yang serba mewah, mereka juga mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Hampir setiap buah rumah mempunyai perabut yang diimport. Sesetengah kediaman di situ terdapat kolam renang. Ketika penulis melalui di jalan ke kawasan tersebut, didapati suasananya sunyi sekali. Kami dapat melihat beberapa orang pekerja asing sedang memotong rumput. Pergaulan golongan elit terbatas kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian. Walaupun begitu, mereka bukanlah golongan anti -sosial.
Bil | Kesalahan | Sebab Kesalahan | Pembetulan |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan setiap kesalahan dan kemudiaan buat pembetulan.
Penduduk yang tinggal di kawasan itu terdiri dari golongan elit. Kediaman-kediaman yang terdapat di situ besar-besar belaka dan agak berlainan daripada tempat tinggal orang kebanyakan. Golongan elit tersebut bergiat dalam bidang perniagaan dan sesetengahnya menjadi pegawai tinggi kerajaan. Selain daripada tinggal di kawalan kediaman yang serba mewah, mereka juga mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Hampir setiap buah rumah mempunyai perabut yang diimport. Sesetengah kediaman di situ terdapat kolam renang. Ketika penulis melalui di jalan ke kawasan tersebut, didapati suasananya sunyi sekali. Kami dapat melihat beberapa orang pekerja asing sedang memotong rumput. Pergaulan golongan elit terbatas kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian. Walaupun begitu, mereka bukanlah golongan anti -sosial.
Bil | Kesalahan | Sebab Kesalahan | Pembetulan |
1 | terdiri dari | KSN ‘dari’ digunakan di hadapan KN @ FN yang menunjukkan keterangan tempat atau waktu | terdiri daripada |
2 | Kediaman-kediaman…di situ besar-besar… | Jika subjek ayat berbentuk jamak, kata adjektif dalam bahagian predikat tidak perlu digandakan | Kediaman-kediaman… di situ besar @ Kediaman …di situ besar-besar… |
3 | Selain daripada tinggal… | ‘Selain’ ialah KSN dan tidak perlu diikuti oleh KSN ‘daripada’ secara serentak | Selain tinggal… |
4 | …setiap buah rumah… | Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pisahan ‘setiap’ | …setiap rumah… |
5 | …melalui di jalan… | ‘Melalui’ ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek/KSN ‘di’ tidak diperlukan selepas kerja transitif ‘melalui’ | …melalui jalan |
6 | anti-sosial | Imbuhan pinjaman ‘anti’ hendaklah ditulis serangkai dengan KN am yang mengikutnya. | …antisocial |
7 | perabut | “perabot’ ialah kata pinjaman dan perlu dieja mengikut pola KKV a-o, bukannya pola a-u/kesalahan mengeja kata pinjaman | Perabot |
2 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]
Beberapa jenis haiwan di taman itu diimport dari negara Afrika dan dari Amerika Selatan. Orang ramai yang berkunjung ke taman tersebut dilarang memberikan makanan pada haiwan tersebut. Pada petang itu, kelihatan seekor orang utan membuat bising sambil menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila anaknya diganggu oleh pengunjung. Pengawal taman itu mensyaki bahawa haiwan tersebut diberikan makanan lalu menasihati pengunjung agar tidak berbuat demikian. Setelah berjaya mententeramkan orang utan itu, pengawal tersebut beredar dari tempat itu. Semua petugas di taman berkenaan mempelajari tentang ilmu haiwan, termasuk cara merawat haiwan yang sakit. Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut, hendaklah mendapat kebenaran masuk terlebih dahulu daripada pihak pengurusan. Yuran sebanyak RM 5.00 seorang dikenakan kepada setiap pengunjung.
Jawapan Soalan 2
Bil | Kesalahan | Sebab Kesalahan | Pembetulan |
1 | ...memberikan makanan pada haiwan … | Untuk menyatakan arah yang merujuk kepada haiwan, kata sendi nama “kepada” hendaklah digunakan, bukannya “pada”. | …memberikan makanan kepada haiwan … |
2 | …menggaru-garu kepalanya berkali-kali … | Kata “berkali-kali” tidak perlu digunakan kerana “menggaru-garu” menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang. | …menggaru-garu kepalanya… |
3 | …mensyaki… | Bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata, imbuhan “menge-” perlu digunakan, bukannya “men-” | …mengesyaki… |
4 | …mempelajari tentang ilmu haiwan… | Kata sendi nama “tentang” tidak perlu digunakan selepas kata kerja transitif “mempelajari” | …mempelajari ilmu haiwan… |
5 | Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut, hendaklah … | Keterangan tersebut tidak menepati binaan ayat kerana tidak mempunyai subjek. | Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut, mereka hendaklah … atau Sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut hendaklah … |
Soalan 3
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
Di masa ini kemerosotan disiplin di kalan pelajar sekolah telah menjadi satu masalah kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa. Dalam hal ini, masalah kemerosotan disiplin bertambah serius dari sehari ke sehari dan berlaku hampir di semua sekolah di negara ini. Bebera;pa masalah-masalah kemerosotan disiplin berpunca daripada pihak sekolah itu sendiri, ibu bapa, dan seterusnya pihak pelajar. Pihak sekolah yang mempunyai peraturan yang tidak ketat tentang pelajar-pelajar merupakan satu faktor penyebab terjadinya kemerosotan disiplin. Sekiranya tindakan yang tidak tegas diambil terhadap pelajar yang melanggar disiplin di mana akan mengakibatkan disiplin di sekolah itu terus merosot. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab dalam menjaga disiplin pelajar demi untuk masa hadapan mereka.
Soalan 4
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan
Tajuk ucapan yang akan disampaikan oleh saya pada pagi ini ialah Kemajuan Sains dan Teknologi. Kini, semua pihak hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai persiapan-persiapan menghadapi era globalisasi. Bagi maksud tersebut, setiap individu tidak harus memperbesarkan isu yang remeh-temeh di dalam perkara ini. Daripada saat ini, generasi muda seharusnya berusaha menambahkan ilmu pengetahuan sesuai dengan kehidupan di negara maju pada abad ke 21. Di samping itu, semangat patriotisme dan sayangkan negara perlu disuburkan dalam diri generasi muda.
Soalan 5
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan
Di peringkat awal lagi pihak majikan diminta mengemukakan senarai nama-nama pekerja mereka. Langkah ini penting untuk mengelakkan pekerja asing memasuki ke negara ini. Setiap orang pengurus syarikat mematuhi arahan itu tapi lama-kelamaan ada yang mengingkarinya. Oleh sebab sayangkan pekerja asing, terdapat ramai pemilik-pemilik ladang yang melindungi mereka dengan berbagai-bagai cara. Akhirnya, tindakan yang mereka ambil itu menyusahkan diri sendiri.
Soalan 6
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan
Rusuhan kaum di bandar itu berakhir dengan wakil kedua puak yang bertelagah menandatangani perjanjian untuk berdamai. Walaupun begitu, anggota tentera yang bersenjatakan dengan senapang masih kelihatan ke sana sini mengawal keadaan. Suasana yang sangat riuh-rendah ketika rusuhan memuncak di bandar itu telah tenang kembali. Bagi menyemak senarai nama perusuh yang ditahan untuk dibicarakan. Beberapa orang wartawan asing yang mengambil kesempatan melawat ke tempat-tempat yang menarik di bandar itu terpesona dengan keunikan tasik buatan manusia yang terletak di pinggir bandar itu. Ketika ditanya oleh wartawan tentang rusuhan tersebut, kebanyakan penduduk di situ mengatakan yang peperangan bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan konflik.
Skema Soalan 3
Bil | Kesalahan | Pembetulan | Alasan |
1 | di masa | pada masa | Kata sendi nama pada perlu digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu; kata sendi nama di tidak wajar digunakan |
2 | beberapa masalah-masalah | beberapa masalah/ masalah-masalah | Beberapa ialah kata bilangan yang mendukung maksud jamak. Oleh itu, kata nama maksud jamak yang mengikutinya tidak perlu diulang. |
3 | tentang pelajar-pelajar | terhadap pelajar-pelajar | Pelajar-pelajar ialah penyambut rujukan tertentu iaitu manusia. Kata sendi nama yang sesuai ialah terhadap kerana terhadap digunakan sebagai rujukan yang membabitkan penyambut rujukan tertentu. |
4 | di mana | dan | Penggunaan frasa sendi nama Tanya di mana merupakan pengaruh bahasa Inggeris dan tidak sesuai digunakan dalam bahasa Melayu. |
5 | demi untuk masa hadapan | demi/ untuk masa hadapan | Penggunaan kata sendi nama demi untuk dianggap lewah. Oleh itu, frasa tersebut tidak tepat digunakan. |
Skema Soalan 4
Bil | Kesalahan | Pembetulan | Alasan |
1 | disampaikan oleh saya | saya sampaikan | Kata ganti nama diri orang pertama hendaklah hadir sebelu kata kerja. |
2 | pelbagai persiapan-persiapan | pelbagai persiapan/ persiapan-persiapan | § Penggunaan pelbagai persiapan-persiapan dianggap lewah. § Pelbagai merupakan penanda jamak dan perkataan yang mengikutinya tidak perlu digunakan. |
3 | memperbesarkan isu | memperbesar isu | Penggunaan apitan memper-kan dengan kata adjektif dianggap leawah. |
4 | di dalam perkara ini | dalam perkara ini | Kata sendi nama di merujuk kepada tempat (perkara tidak merujuk kepada kosep tempat) |
5 | daripada saat ini | dari saat ini | Kata sendi nama yang sesuai digunakan untuk menerangkankonsep masa ialah dari bukan daripada. |
6 | abad ke 21 | abad ke-21 | Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan kata sendi nama ke dengan angka. |
7 | Sayangkan | sayang akan | Kata sendi nama akan hadir selepas kata adjektif perasaan (emotif). |
Skema Soalan 5
Bil | Kesalahan | Pembetulan | Alasan |
1 | Di peringkat | Pada peringkat | Kata sendi nama ‘pada’ perlu digunakan untuk menyatakan bentuk ungkapan yang abstrak |
2 | senarai nama-nama pekerja | senarai nama pekerja/nama-nama pekerja | Kata nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang. |
3 | memasuki ke negara | memasuki negara | Kata sendi nama ‘ke’ tidak perlu digunakan selepas kata kerja transitif ‘memasuki’ |
4 | tapi | tetapi | Kata hubung ‘tapi’ digunakan dalam bahasa pasar, tidak sesuai digunakan dalam bahasa formal. |
5 | sayangkan pekerja asing | sayang akan pekerja asing | Kata sendi nama ‘akan’ perlu digunakan selepas kata adjektif yang menunjukkan perasaan. |
6 | ramai pemilik-pemilik | ramai pemilik/pemilik-pemilik | Kata nama tidak perlu digandakan selepas kata bilangan tidak tentu. |
7 | tindakan yang mereka ambil | tindakan yang diambil oleh mereka | Kata kerja perlu hadir sebelum kata ganti nama dalam ayat pasif kata ganti nama diri ketiga |
Skema Soalan 6
Bil | Kesalahan | Pembetulan | Alasan |
1 | kedua pihak | kedua-dua pihak | Kata ‘kedua’ merujuk kepada kedudukan atau bilangan. Oleh itu, kata bilangan tidak tentu perlu digandakan. |
2 | brsenjatakan dengan senapang | bersenjatakan senapang | Perkataan ‘bersenjatakan’ ialah kata kerja tak transitif berpelengkap yang memerlukan kata sebagai pelengkap. |
3 | Bagi meyemak senarai nama perusuh yang ditahan untuk dibicarakan… | Bagi menyemak senarai nama perusuh yang ditahan untuk dibicarakan, pihak polis telah menghubungi kedutaan masing-masing untuk diambil tindakan | Ayat ini tergantung kerana tidak mempunyai predikat. |
4 | terpesona dengan keunikan | terpesona oleh keunikan | Kata ‘terpesona’ ialah kata kerja pasif yang memerlukan kata ‘oleh’ selepasnya. |
5 | menyatakan yang peperangan | menyatakan peperangan/menyatakan bahawa peperangan | ‘menyatakan’ merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek selepas kata tersebut. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan