Rabu, 30 September 2009

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Melayu

1 Konsep Melayu

1.1 Definisi Awal Istilah Melayu

Pada peringkat awal istilah ‘Melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan atau kawasan, dan bukan merujuk kepada bangsa atau bahasa.

Bukti awal penggunaan istilah ‘Melayu’:

a. Catatan oleh pengembara dari China sekitar tahun 644-645M mencatatkan bahawa terdapat kerajaan ‘Mo-lo-yu’ yang mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja China. Kerajaan “Mo-lo-yu’ ini dikatakan terletak di Jambi dan Sriwijaya di Palembang (Sumatera).

b. Perkataan ‘Melayu’ pertama kali ditemui tercatat pada sebuah patung di Padang Roco (1286M).

c. Dalam kitab Hindu purba ditemui istilah Malaya dvipa’ (tanah yang di kelilingi air), iaitu merujuk kepada Pulau Sumatera.

d. M. Ptolemy (100-150M) – menggunakan istilah ‘maleu-kolon’ @ ‘malayakolam’ merujuk tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan.

1.2 Definisi Berdasarkan Bangsa dan Bahasa

a. Istilah ‘Melayu’ yang merujuk kepada bangsa/bahasa mula digunakan setelah wujudnya kerajaan Melaka.

b. UNESCO (1972) – istilah ‘Melayu’ merujuk kepada suku bangsa Melayu yang tinggal di Sem. Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Madagaskar.

c. Perlembagaan Malaysia Perkara 153 mentakrifkan ‘Melayu’ sebagai manusia yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan cara hidup Melayu, dan beragama Islam.

1.3 Definisi Berdasarkan Etimologi (Asal Usul Perkataan)

ü Perkataan ‘Melayu’ berasal daripada perkataan “Malaya”, iaitu kependekan daripada perkataan ‘Himalaya’(daerah bersalji).

ü Dalam Bahasa Jawa Kuno ditemui perkataan ‘Mlaya’ – yang bermaksud ‘berlari’ yang dikaitkan dengan sifat orang Austronesia(Melayu) yang bergerak dari Yunan.

ü “Melayu’ dikaitkan dengan sebatang sungai di Sumatera.

ü Pada batu bersurat Katanegara (1204) ada ditemui perkataan ‘Malayaputra’ – yang bermaksud kerajaan Melayu.

2 Hipoteis Tempat Asal Bahasa Melayu

a. Kawasan Asia Tengah

Para sarjana mengemukakan teori bahawa bahasa Melayu berasal dari luar kawasan Nusantara.

1) Teori Non Heine-Geldern – orang Melayu dan bahasa Melayu berasal dari Mon-Khemer(Kemboja) kerana adanya hubungan yang rapat antara mereka.

2) Teori Hendrik Kern – orang Melayu bersal dari Tanah Tinggi Yunan, China. Teori klasik ini lebih diterima umum.

§ Orang Melayu (Austronesia) dikatakan bergerak dari Yunan ke selatan, aitu ke Nusantara, Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia kira-kira 2500 hingga 1500 SM.

§ Pergerakan mereka berlaku dalam dua gelombang pergerakan, iaitu pergerakan pertama pada 2500SM dipanggil sebagai Melayu Proto. Pergerakan kedua yang lebih besar berlaku pada 1500SM dikenali sebagai Melayu Deutro.

Ciri Melayu Proto dan Melayu Deutro

Melayu Proto

Melayu Deutro

Bergerak 2500SM

Bergerak 1500SM dalam kumpulan yang lebih ramai

Bergerak ke selatan pada zaman batu

Bergerak pada zaman logam

Mendiami pinggir sungai dan hutan yang subur

Mendiami kawasan subur yang sebelum ini didiami M.Proto

Masuk ke hutan kerana dihimpit oleh M.Deu

Bergerak jauh ke pulau-pulau

Membentuk orang asli – Temuan, Jakun , Batak

Membentuk orang Melayu kini


Lebih bijak


Memiliki kepandai belayar


Bercucuk tanam


Menguasai ilmu bintang/astronomi

b. Kawasan Nusantara

Hipotesis menyatakan bahawa orang Melayu bukan berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang telah wujud di Nusantara.

1) Dr. Sander Adelar menyatakan kawasan asal bahasa dan bangsa Melayu ialah Borneo, berdasarkan bukti:-

§ Bentuk demografi penduduk yang lebih pelbagai hasil daripada proses terdahulu.

§ Wujud kerajaan penting di Nusantara, iaitu Sriwijaya yang memberikan sumbangan ke arah pembentukan korpus bahasa Melayu.

2) John Crawfurd menyatakan tempat asal orang Melayu di Sumatera dan Jawa kerana budayannya lebih menonjol berbanding kawasan lain.

3) Marsden – bahasa Melayu berasal dari kawasan Nusantara berdasarkan kekerabatan bahasa.

3 Salasilah Bahasa Melayu

a. Orang Melayu dikatakan berasal daripada induk Austronesia, yang menuturkan bahasa Austronesia. Bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa Melayu.

b. Pemeringkatan/salasilah bahasa dibuat berdasarkan faktor usia.

c. Berdasarkan faktor usia, pemeringkatan bahasa dapat dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-

§ Filum - bahasa induk paling tua, berusia 5000 tahun ke atas.

§ Rumpun - kelompok bahasa yang berusia 2500-5000 tahun.

§ Keluarga/Cabang - bahasa berusia kurang dari 2500 tahun

§ Subkeluarga - pecahan bahasa daripada keluaga bahasa


Paling banyak bahasa kira-kira 200 hingga 300 bahasa, dan salah satunya ialah bahasa Melayu.

Termasuk dalam rumpun Austronesia.

Penuturnya berasal dari Yunan, China.

Tersebar luas sampai ke Madagaskar.

BAHASA MELAYU KUNO

1. Ciri

1. Digunakan pada abad ke-7 hingga 13M.

2. Mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan Kerajaan Sriwijaya (kerajaan Hindu-Budha).

3. Bahasa Melayu (kuno) mengalami perkembangan awal semasa kerajaan Sriwijaya.

4. Menjadi bahasa pentadbiran /rasmi kerajaan Sriwijaya, berdasarkan penemuan batu bersurat & catatan pengembara China.

5. Menjadi bahasa perantaraan/lingua franca di Nusantara.

6. Banyak menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit, terutamanya dari segi kosa kata misalnya, syurga, neraka, kepala, bahasa, penjara, punjangga…Bahasa Sanskrit (India) digunakan sebagai bahasa agama oleh cerdik pandai dan sami Hindu/Budha di kawasan istana.

7. Bukti pengunaan dan kewujudannya melalui penemuan batu bersurat dan catatan oleh pengembara Cina.

8. Sebelum kewujudan Kerajaan Sriwijaya, BM Kuno mengatasi kegemilangan bahasa Jawa Kuno kerana sifat BM Kuno yang sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat dengan susun lapis masyarakat, dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa kuno.

9. Ciri khusus tentang BM Kuno:

ü Menggunakan sistem tulisan Palava (dari India).

ü Awalan mar ditulis sebagai ber dalam BM Moden. [marlepas – berlepas]

ü Awalan ni ditulis sebagai di. [niwuat – dibuat]

ü Huruf w menjadi b. [wulan – bulan, wunuh – bunuh, wuah - buah]

ü Ada lima vokal sahaja, tiada e pepet.

ü e pepet tiada, iaitu dihilangkan atau diganti dengan a. [ dengan – dgan/dangan, tetapi - tathapi]

ü Banyak konsonan yang diaspirasikan dengan huruf h, seperti bh, ph, dh, kh.

ü Kata kerja aktif ditandai oleh awalan ma-, man-, dan mang-.

2. Bukti kewujudan BM Kuno melalui penemuan batu bersurat.

a. Batu Bersurat Abad Ke-7

§ Empat batu bersurat penting ditemui pada ketika kerajaan Sriwijya mula naik dan berpengaruh.

§ Isi kandungan dibuat atas perintah raja, yang membuktikan BM Kuno menjadi bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.

§ Empat batu bersurat ini menggunakan tulisan palava.

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683M). – tertua & menjadi bukti penting.

2. Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684M).

3. Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka (686M).

4. Batu Bersurat Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686M).

b. Batu Bersurat Lain

1. Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832M) – tulisan Nagiri

2. Batu Bersurat Bengkulu (1000M)

3. Batu Bersurat(patung gangsa) Padang Lawas, Tapanuli (1029M)

4. Batu Bersurat(patung) Padang Roco, Batanghari (1286) – pertama kali ditemui perkataan “Melayu”

c. Batu Bersuarat Zaman Peralihan – Pada Abad Ke-14

- Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam

- budaya dan agama masyarakat di Nusantara mula berubah daripada Hindu-Budha kepada Islam

1. Batu Bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M)

o memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit yang kuat

o tulisan India

2. Batu Bersurat Minye Tujuh, Acheh (1380M)

o pengaruh bahasa sanskrit

o mula ditemui beberapa perkataan Arab (mula wujud pengaruh Islam)

o tulisan huruf India

3. Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu (1380M)

o menggunakan tulisan Jawi (pengaruh Islam/Arab yang ketara)

4. Batu Nisan Malik al-Salleh (1297M)

o Menggunakan tulisan Jawi (pengaruh Islam/Arab yang ketara)

d. Signifikan Penemuan Batu Bersurat Dari Abad Ke-7 hingga Abad Ke-14 Kepada B.Melayu.

Ø Bahasa Melayu tersebar luas hingga Pulau Jawa.

Ø Bahasa Melayu mudah menerima pengaruh asing (perbendaharaan kata & tulisan).

Ø Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) dan bahasa pentadbiran.

Ø Peralihan pengaruh Hindu kepada Islam wujud dalam bahasa Melayu.

Ø Kemasukan pengaruh sesuatu bahasa yang baru tidak memupuskan pengaruh bahasa yang dating sebelumnya.

BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik ialah bahasa yang mengalami perkembangan selepas BM Kuno.

Bahasa ini telah mempunyai aksara tersendiri.

1. Bahan Bukti

Kewujudan dan penggunaan BM Klasik dapat dibuktikan melalui:-

a. Surat daripada raja-raja Melayu kepada Barat

ü Surat Sultan Ternate, Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal, John III – pada 1521 dan 1522.

ü Surat Sultan Acheh kepada kapitan Inggeris, James Lancester – 1601.

ü Surat Sultan Alauddin Shah kepada Harry Middleton – 1602.

ü Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James - 1612

b. Penghasilan karya kesusasteraan.

Banyak karya sejarah, sastera, undang-undang, dan agama dihasilkan oleh penulis seluruh Nusantara, khususnya semasa kerjaan Melaka, Acheh, dan Johor-Riau.

o Abdul Samad Al-Falamban – Hidyat al-Salikin.

o Pengiran Shahbandar Muhamad Salleh – Syair Balqis

o Arshad al-Banjari – Sabil al Muhtadin

o Mohd Ismail Daud Pattani – Matla’al al-Badrami dan Furul al-Nasail

o Tajudin Abdul Fazil Ahmad – Kitab Al-Hakim

o Sayyed Aluwi Ba’aluwi – Sabil al-Hidayat

o Raja Ali Haji – Tuhfat al-Nafis, Kitab Pengetahuan Bahasa, Salasilah Melayu Bugis, dan Bustan al-Katibin.

Pada abad ke-16 dan abad ke-17, kedudukan bahasa Melayu semakin penting. Hal ini demikian kerana terdapat usaha daripada sarjana Barat untuk menghasilkan daftar kata dan perkamusan. Antaranya:-

§ Pigafetta (1521) – menyusun Daftar Kata Melayu-Eropah(Itali) – tetua yang pernah kita ketahui. Daftar kata ini untuk memudahkan urusan perdagangan dengan penduduk tempatan.

§ Kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda, oleh Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts (1623)

§ Kamus Melayu-Latin, oleh David Haex (1631)

§ Kamus Tustus Heurnius (1650).

2. Bentuk Bahasa Melayu Klasik.



Serbamula dihikayatkan oleh orang yang empunya hikayat adapun negeri Palembang itu yang ada sekarang inilah; dahulukala negeri itu terlalu besar dan akan raja Palembang yang bernama Demang Lebar Daun itu, ada beranak seorang perempuan terlalu baik parasnya, tiada berbanding parasnya, pada zaman itu Wan Sendari namanya. Maka dipersembah oleh Wan Empuk dan Wan Malini pada Sang Sapurba Demang Lebar Daun ada beranak seorang perempuan maka disuruh pinang oleh Sang Sapurba.



3. Ciri Bahasa Melayu Klasik.

ü Merupakan kesinambungan daripada BM Kuno.

ü Digunakan pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19.

ü Mengalami perkembangan yang pesat pada zaman keagungan kerajaan Melayu, iaitu Kerajaan Melaka, Acheh, dan Johor-Riau.

ü Banyak menerima pengaruh kosa kata Arab dan Parsi/Islam, di samping masih mengekalkan kosa kata Sanskrit.

ü Menggunakan tulisan Jawi, dari Arab.

ü Menjadi bahasa ilmu, khususnya penyebaran agama Islam secara lisan dan tulisan (banyak kitab agama dihasilkan).

ü Menjadi bahasa penulisan sastera (banyak hasil karya sastera ditulis).

ü Penggunaan ayat yang panjang dan sukar difahami, serta menampakkan pengaruh ayat bahasa Arab.

ü Ayat ditandai penggunaan kata pangkal ayat (seperti sebemula, hatta, alkisah, syahadan, arakian, adapun).

ü Banyak penggunaan ayat majmuk.

ü Terdapat banyak ayat songsang (ayat yang mengalami proses pendepanan/penyosangan predikat).

ü Banyak ayat pasif digunakan.

ü Menggunakan laras bahasa istana.

ü Mempunyai laras bahasa yang terbatas.

ü Kosa katanya tidak berkembang.

ü Terdapat rangkai kata kuno/klise (seperti ratna mutu manikam, endan kasmaran).

ü Menjadi lingua franca di Nusantara.

ü Banyak menggunakan partikel dalam ayat (seperti lah, pun)

BAHASA MELAYU MODEN

BMM ialah hasil perkembangan dan kesinambungan daripada BM Klasik.

q Ciri BM Moden

ü Era BMM bermula pada abad ke-19.

ü Menggunakan tulisan rumi.

ü Mengalami proses perancangan dan pembinaan bahasa secara rasmi, (dari segi taraf, fungsi, dan korpus).

ü Mempunyai pelbagai laras seprti laras ekonomi, undang-undang, agama, sains, sastera, sukan, dll.

ü Banyak meminjam kosa kata Inggeris dan bahasa moden yang lain.

ü Kosa katanya mencakupi pelbagai bidang.

ü Banyak menggunakan ragam ayat aktif berbanding ayat pasif.

ü Masih mengekalkan kosa kata daripada bahasa Sanskrit dan Arab.

ü Tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai asas perkembangan.

PERANCANGAN DAN PEMBINAAN BAHASA MELAYU

Ø Bahasa Melayu mengalami proses perancangan dan pembinaan secara rasmi apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Ø Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan agensi/badan

yang dipertanggungjawabkan merancang dan membina bahasa Melayu.

Konsep Perancanagan Bahasa

· PB bermaksud usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk dan mengembangkan bahasa ke arah taraf yang lebih maju.

· PB – usaha memupuk, membaiki, dan mengembangkan sesuatu bahasa ke arah bahasa moden.





Rajah: Model Perancangan Bahasa

Perancangan Peringkat Pertama : Perancangan

Peringkat membuat keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang. Ini termasuklah:-

§ Perancangan untuk perancangan bahasa.

§ Menentukan/memilih bahasa yang hendak dirancang.

§ Menentukan taraf bahasa yang hendak dirancang.

§ Merancang korpus bahasa.

§ Menyusun strategi bagi melancarkan perancangan bahasa.

§ Mengumpul data/maklumat yang berkaitan.

§ Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain (bahasa vernakular).

Perancangan Peringkat Kedua : Pelaksanaan

Pringkat melaksanakan rancangan yang telah disusun. Dua istilah penting ditemui pada peringkat ini.

1) Pengekodan – atau ‘penyeragaman’ bermaksud proses menghasilkan satu variasi bahasa standard/baku yang sempurna dan seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, sebutan, perkamusan, dan istilah. Menurut Fishman – pengekodan meliputi “usaha ke arah penyerapan variasi-variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan tatabahasa, kamus, ejaan, dan sebagainaya”.

2) Pemupukan – menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk memngembangkan bahasa supaya tercapai keadaan “saling terjemah” dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan penciptaan istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu, khususnya dalam bidang profesional dan teknikal.

Peringkat Ketiga : Penilaian

Peringkat peninjauan semula tentang hasil dan kesan aktiviti perancangan.

- bertujuan membantu perancangan yang selanjutnya

- membaiki kelemahan yang ada

Perancangan bahasa dapat dilihat dalam dua bentuk:-

1. Perancangan Taraf

q Satu usaha memberikan kedudukan atau nilai yang tinggi kepada bahasa Melayu. Antaranya termasuklah:-

§ Menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengatar/ilmu, bahasa perpaduan.

§ Mewajibkan lulus BM untuk mendapatkan sijil dalam peperiksaan SPM.

§ Mewajibkan kepujian BM untuk memasuki perkhidmatan awam.

§ Mengadakan Kempen Cintailah Bahasa Kebangsaan.

§ Mengadakan Gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan.

§ Mengadakan sayembara penulisan bahasa kebangsaan.

§ Pewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti luar negara.

§ Penawaran kursus BM di universiti luar negara.

2. Perancangan Korpus

q Pengembangan bahan bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, perkamusan, sebutan, dan istilah.

Fungsi Bahasa Melayu

1. Bahasa Kebangsaan

q Bahasa Kebangsaan ialah bahasa utama bagai sesebuah negara yang berdaulat. Bahasa ini menjadi lambang atau identiti sesebuah negara atau bangsa yang merdeka. Bahasa ini berperanan memupuk perpaduan kaum.

q Dokumen yang memperakukan BM sebagai bahasa kebangsaan ialah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, yang berbunyi “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan denmgan undang-undang oleh parlimen…”

q Faktor-faktor pemilihan BM sebagai bahasa kebangsaan.

§ BM menjadi bahasa majoriti di negara ini

§ BM menjadi alat komunikasi antara kaum (pelbagai kaum)

§ BM menjadi bahasa pertuturan kepada masyarakat terbesar

§ BM merupakan bahasa kaum pribumi yang meluas penggunaannya.

§ BM pernah mengalami zaman kegemilangan khususnya sebagai lingua franca

q Masalah mendaulatkan BM sebagai bahasa kebangsaan:-

§ Timbul kekeliruan akibat pengaruh bahasa asing.

§ Sikap acuh tak acuh pengguna bahasa dalam membudayakan bahasa Melayu.

§ Persaingan dengan bahasa Inggeris khususnya pelaksanaan dalam bidang profesional.

§ Berlakunya pencemaran bahasa, iaitu penggunaan bahasa Melayu yang salah pada peringkat formal dan tak formal.

2. Bahasa Rasmi

q Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara.

q Dokumen yang memperakukan BM sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

q Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebagai bahasa rasmi bahasa ini perlu digunakan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan perbadanan awam.

q BM sebagai bahasa rasmi digunakan dalam urusan yang berikut:-

§ Bahasa lisan kakitangan awam semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara

§ Sebagai media dalam urusan surat-menyurat antara jabatan kerajaan

§ Digunakan dalam semua rekod kerajaan

§ Digunakan untuk menulis undang-undang dan peraturan negara

§ Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan

3. Bahasa Pengantar

q Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar pendidikan pada semua peringkat pendidikan, iaitu peringkat sekolah rendah hingga universiti.

q Dokumen yang ada kaitan dengan peranan BM sebagai bahasa pengantar ialah

§ Laporan Razak 1956

§ Akta Pelajaran 1961

§ Akta Pendidikan 1981

4. Bahasa Ilmu

§ BM mampu mengungkapkan ilmu-ilmu yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti bidang sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat dll.

§ Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai laras dalam BM, dengan setiap laras memiliki kosa kata khusus (istilah khusus).

5. Bahasa Moden

q BM dibina menjadi bahasa moden sebagaimana dengan bahasa moden yang lain, dan mampu mengungkapkan ilmu baru, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

q Antara usaha yang melibatkan pemodenan bahasa:-

§ Membentuk istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu.

§ Menentukan tatabahasa yang sesuai dengan pemikiran dan bahasa moden.

§ Mengembangkan BM supaya dapat mencapai keadaan saling terjemahan dengan bahasa-bahasa lain.

§ Membina korpus BM khususnya dalam tatabahasa, ejaan, istilah, dan perkamusan.

6. Bahasa Perpaduan

q BM berfungsi menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti bagi masyarakat Malaysia.

PERANAN PERTUBUHAN/INSTITUSI DALAM MENDAULATKAN BAHASA MELAYU

(a) Sebelum Merdeka

1. Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888)

§ Pada 14 April 1935, persatuan ini mendapat gelaran ‘Diraja’, dengan nama Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.

§ Antara kegiatan utamanya:-

ü Penghasilan buku

ü Pembentukan istilah

ü Pengedalian majlis ceramah dan perbincangan bahan bahasa

2. Persaudaraan Sahabat Pena (1934)

Antara kegiatannya:-

§ Mengeluarkan buku adat Melayu.

§ Mengeluarkan kamus Melayu.

§ Menentukan suatu sistem ejaan yang tetap bagi ahli persatuan

§ Mengadakan peraduan karang-mengarang.

§ Memberikan sumbagan tenaga dan fikiran dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu.

3. Pejabat Karang Mengarang (1924)

Antara peranannya:-

ü Mengeluarkan buku teks sekolah Melayu dan mengkaji penggunaannya.

ü Mengeluarkan bahan bacaan umum untuk masyarakat Melayu.

ü Menerbitkan jurnal bergambar

ü Mengadakan perpustakaan bergerak ke kampung.

ü Menterjemahkan buku cerita (karya sastera).

4. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

Antara peranannya:-

ü Mengembangkan kesusasteraan Melayu.

ü Melindungi hak ahli dan pengarang

ü Menyarankan BM menjadi bahasa pengantar.

ü Menuntut disatukan BM dengan bahasa Indonesia.

(b) Selepas Merdeka

1, Dewan Bahasa Dan Pustaka (1956)

Merupakan badan rasmi yang diberi tanggungjawab untuk membina BM.

Antara peranannya:-

ü Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.

ü Menggubal istilah dalam pelbagai bidang.

ü Mencetak dan menerbitkan buku dalam bahasa Melayu.

ü Memajukan bakat kesusasteraan.

ü Menyusun dan menerbitkan kamus.

ü Menyelaraskan ejaan dan sebutan

2. Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) 1972

ü Merupakan badan penasihat tertinggi dalam pembinaan BM.

ü JKTMB mewakili Malaysia dalam MABBIM.

3. Majlis Bahasa Indonesia-Malyasia (MABIM) 1972

q Pada tahun 1985 Brunei menyertainya, dan nama pertubuhan ini menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

q Antara matlamatnya:-

§ Bertindak sebagai badan bersama yang menjalinkan hubungan kebahasaan dalam bidang tatabahasa, peristilahan, ejaan, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan persoalan bahasa antara negara anggota.

§ Menyalurkan bahan-bahan tentang bahasa dari negara-negara anggota untuk kegunaan dan kajian bersama.

§ Menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masing-masing kepada Menteri Pendidikan.

§ Meningkatkan semangat persaudaraan antara negara anggota.

§ Mengembangkan bahasa kebangsaan negara anggota supaya setaraf dengan bahasa moden yang lain.

UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

q BM meminjam unsur-unsur asing untuk memantapkan bahasa ini.

q Bahasa pertama yang mempengaruhi perkembangan BM ialah bahasa Sanskrit, Arab/Parsi, Jawa, Cina, Tamil, Belanda, Portugis, Inggeris, dan bahasa Eropah lain.

q Dua unsur utama yang dipinjamkan ialah kosa kata/perbendaharaan kata, dan imbuhan.

q Sebab peminjaman:-

a. BM kekurangan kosa kata.

b. Anggapan bahawa bahasa yang dipinjam, seperti bahasa Sanskrit lebih tinggi tarafnya.

c. Keperluan untuk mengungkapkan konsep baharu.

d. Sifat BM yang dinamis.

e. Hubungan perdagangan

f. Penaklukan/penjajahan.

q Tujuan peminjaman:-

a. Melancarkan usaha perancangan dan pembinaan bahasa

b. Meningkatkan status BM sebagai bahasa moden.

c. Menambahkan kosa kata BM.

q Bahasa pinjaman dan contoh perkataan:-

1. Bahasa Sanskrit



agama, syurga, neraka, dosa, pahala, derma bahaya,cinta, raja, kota, istana, mahkota, perwira,anggota, kepala, neraca, mutiara, loham, aksara, bahasa, seloka, purbakala,durjana, umpama.


2. Bahasa Arab/Parsi



sah, zakat, halal, takdir, fakir, faham, khusus, akhir, muastahil, hukum, hakim,khuatir, zalim, wali, darurat, sihat, rezeki,hormat, takziah, tahniah,fitnah, wajah, miskin, falak, mukim, nasab, ijazah,adil, saudagar, nahkoda,bazaar,kebab, pahlawan


3. Bahasa Jawa/Nusantara



perabot, tulen, keringat, lakon, calon, aneh, awet, prihatin, lontong, pamer,semberono, lumrah, lempeng,kiai, gamelan,sumber, duda, ayu, enteng, sate, enak


4. Bahasa Belanda



balkoni, buncis, duit, engsel, kamar, komentar, korupsi, kursus, senapang, wesel, wortel,rokok


5. Bahasa Portugis



almari, meja, mentega, bendera, gereja, nanas, tuala, beranda, pesta, garpu, jendela, keju, lampu, nona, pesiar, roda, tembakau, tinta, sekolah, anggur, peluru, peon


6. Bahasa Cina



bihun, cincau, kuaci, laici,tong, gincu, tahil, teko, cawan, loteng, camca, gua, angpau, apek, beca, sampan, jong, tauke, kole, pangkeng, kalian, tong, amah, loteng, tekong, tongkang, candu, tanglung


7. Bahasa Tamil



apam, canai, ayah, cukai, cerut, kedai, kapal, tembikai, guni, mempelam, mempelai, roti, emak, kakak, jodoh, ketumbar, kuil, bapa, gurindam, putu, kodi, bedil


8. Bahasa Inggeris



moden, pencen, radio, telefon,gam, gelas, bas, generasi, enjin, kastam, eksport, import, struktur, ekonomi, kabinet, evolusi, basikal, mesin, muzium, kelas, uniform.


Ø Pinjaman imbuhan

1 Imbuhan Sanskrit



Awalan : maha-, tata-, pra-, swa-, panca- , tuna-, eka-, dwi-, tri-,

Akhiran : -wan, -man, -wati, -nita


2 ImbuhanaArab-Parsi



Awalan : bi- ,

Akhiran : -wi, -I, -iah, -in, -at, -ah


3 Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris



Awalan : pro-, anti-, poli-, auti-, sub-, supra-,

Akhiran : -isme, -ik, -si, -al, -is,


(Berikan contoh perkataan bagi setiap imbuhan tersebut.Rujuk kepadaTatabahasa Dewan, m/s 286-299)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan