Rabu, 30 September 2009

Soalan Latih Tubi : Sintaksis

Soalan Latih Tubi : Sintaksis

1

I

Terbina sekurang-kurangnya dua perkataan

II

Unit pengucapan tertinggi dalam susunan tatabahasa

III

Semua ayat tunggal terdiri daripada susunan subjek yang diikuti oleh predikat

IV

Terbahagi kepada dua golongan ,iaitu ayat dasar dan ayat tunggal

Daripada senarai di atas, pernyataan yang benar tentang ayat ialah

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

2 Frasa ialah

A unit tatabahasa terkecil yang boleh berdiri sendiri

B binaan yang mesti terdiri daripada dua perkataan yang berpotensi diperluas

C binaan yang berpotensi menjadi ayat kerana mengandungi konstituen subjek dan predikat

D binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar

3 Berdasarkan senarai di bawah, pilih pernyataan yang benar tentang ayat dasar.

I

Terdiri daripada ragam ayat aktif

II

Boleh mengalami proses pendepanan

III

Terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya, dan ayat seru

IV

Mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

4 Pilih ayat yang kedua-duanya boleh dipanggil ayat dasar dan ayat tunggal.

A Dialah penulis buku itu.

B Baik sungguh perangai anak muda itu.

C Mereka akan bertolak ke Melaka petang nanti.

D Novel penulis remaja itu baru sahaja dilancarkan.

5 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang tergolong dalam ayat dasar?

I Orang itu bangun lalu beredar dari situ.

II Pemuda yang berpakaian kemas itu abangnya.

III Mereka bercadang ke Terengganu pada cuti sekolah nanti.

IV Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

6 Pilih padanan yang betul antara ayat dasar dengan ayat terbitan.


Ayat dasar

Ayat terbitan

A

Tolong alihkan barang-barang itu.

Dia mengalihkan barang-barang itu.

B

Mereka sedang mandi di sungai?

Mereka sedang mandi di sungai.

C

Siapkan latihan itu dengan segera.

Ali menyiapkan latihan itudengan segera.

D

Mereka akan melawat ke Putrajaya.

Mereka akan melawat ke Putrajaya.?

7 Pilih padanan yang betul antara pola ayat dengan contohnya.


Pola ayat


Contoh

I

FN + FN

P

Pelajar Tingkatan Lima masih di perpustakaan sekolah.

II

FN + FK

Q

Keputusan itu bukan kehendak ibu bapanya.

III

FN + FA

R

Bapanya masih bermustautin di Sabah.

IV

FN + FSN

S

Kehidupan pegawai itu sederhana sahaja.


I

II

III

IV

A

Q

R

S

P

B

P

R

Q

S

C

Q

S

R

P

D

R

Q

S

P

8 Antara ayat yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi subjek nama terbitan?

A Pasukannya menang dalam perlawanan itu.

B Keberanian pelajar itu mendapat pujian daripada semua pihak.

C Setinggan di bandar raya itu akan dipindahkan secara beransur-ansur.

D Cerpen yang ditulisnya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan